#throwback : Trekking for the first time at Broga Hill, Semenyih, Selangor.
Awal tahun 2015, Anna, Mr. Zack, sepupu Anna, dan anak no.2 Anna, Baby Bee gi trekking kat Bukit Broga. Pukul 4.30pagi, kami gerak from Setia Alam sebab aim nak solat Subuh kat kaki bukit broga and then terus naik.
Before naik Broga Hill tu, ni list barang yang Anna bawa dalam beg Anna:
- Torchlight (sebab Anna naik nak tengok sunrise)
- Air mineral/ minuman
- Handkerchief
- Handphone - untuk ambik gambar
- Vitagen (untuk baby Bee)
- Candy (untuk tenangkan baby Bee)
- Sepasang baju dan lampin baby Bee
p/s; bagi yang nak solat kat atas bukit, sila bawa kompas kiblat, sejadah dah kain sembahyang.
Memandangkan 1st time mencari jalan ke broga, Mr. Zack gunalah aplikasi waze untuk membantu melancarkan perjalanan. Kami sampai kat kaki bukit baru je masuk waktu tu Solat Subuh.
Selepas je selesai solat, kami bersiap untuk trekking. Mr. Zack menggalas carrier Bee (bee terus terjaga bila Anna letak Baby Bee dalam carrier), Anna dan Cousin Anna just galas bag pack je.
Mula-mula trekking tu memang excited sangat sebab lama sangat tak beraktiviti riadah macam ni tapi trekking tak sampai gerbang masuk broga dah rasa penat (Almaklumlah penat sebab bawa lemak2 tepu dalam badan ni).
Nasib la Mr. Zack memahami dan sepanjang proses mendaki dan trekking tu, kita buat "pit stop" untuk rehatkan kaki jap.
Masa naik tu memang gelap gelita lagi, kami semua bawa torchlight la. Mr. Zack pakai torchlight atas kepala tu sebab senang dia naik handle babyBee dalam carrier. Yang bestnya, sepanjang trekking tu, Bee tak tido langsung and tengok lampu torchlight.
Penat la jugak bagi orang yang dah lama tinggalkan aktiviti trekking ni. Anna siap kena tinggal dengan Mr. Zack dan cousin anna sebab lembab sangat. Tapi Anna tak takut la sebab ramai sangat yang naik haritu.
Dalam 1 jam lebih, kami sampai kat puncak kedua. Elok2 waktu tu matahari baru nak naik. Jadi sempatlah tengok matahari naik. Mr. Zack dan cousin anna ajak naik puncak yang atas sekali tapi Anna dah surrender sebab penat, siap suruh diorang pergi berdua je and tinggalkan Anna dan Bee.
Tapi macam biasa la, Mr. Zack takkan buat macam tu. Jadi kami stay je kat puncak kedua tuk berehat dan bergambar sebelum turun (memang tujuan utama untuk bergambar pun. Hehe..).
Ni la carrier bawa Baby Bee
Mesti pelik kan Anna cakap trekking bukan climbing. Sebab climbing nye sikit je. Yang lain trekking je sebab jalan nak naik tu curam sangat. Sesuai untuk bawa anak2 sekolah rendah (tapi Anna suggest 1budak, 1guardian la).
Ni berbukit sikit
Ni masih di puncak
Masa turun tu dan cerah jadi masa tu baru rajin snap gambar. Dan masa turun tu Anna ada nampak satu ayah ni bawa anak dia dalam umur 10tahun. Anak dia panjat sendiri part yang curam tu tapi ayah dia ada dekat la. Kagum jap Anna. Part curam tu just 1tempat je and ada sediakan tali.
Ni part curam tu. Takpanjang pun.
Baby Bee anna masa naik mata terang, time turun baru tidur sebab dah penat berjaga.
Anna belanja gambar kat Broga Hill lagi. Sorry sepanjang naik Anna tak ambik gambar sebab gelap and Anna pun penat...hehe... By the way, kat kaki bukit kalau dah cerah tu, ada kedai jual foods. and drinks
Sekian coretan Anna tentang Broga hill ni.
No comments:
Post a Comment