Nak cerita ni. Semalam Anna gi round-round kat Mattel Warehouse Sales kat The School. Hahahaha....menipu la kalau Anna kata Anna cuci-cuci mata je. Sebab sebenarnya kak ipar Anna dah pergi masa 2nd day, tapi tak puas sebab dia pergi tu dah nak tutup. Jadi dia ajaklah Anna pergi sekali lagi.
Jadi, hari last Mattel Warehouse Sales tu, Anna gi la menjenguk. Mainan memang murah. Huhu... serendah harga rm3 pun ada. Ibu lak yang rambang mata nak pilih mana satu. Tapi memang semua camtu. Yang dok berebut ambik mainan, semuanya mak2 ayah2. Anak takda pun.
Anna pergi tu bawa jugak 2 orang baby Anna tu. Diorang ni kecil lagi, barbie tak kenal, kenal Sofia the first je. Maka, diorang pau la Abah.
Sofia the first: set bakery james amber sofia & set teatime ruby jade sofia RM30/set. Yang sofia sahaja dan mermaid sahaja tu RM10each
Kak ipar Anna beli tub mandi Fisher Price RM150 dan plush toy Thomas & Friends harga RM25. Orang kata original price dia mahal lagi. Mas 2nd day tu, dia just sempat beli satu mainan Fisher Price je harga RM50. Robot bola ni siap boleh pusing2 lagi.
Thomas & Friend plush toy 9' kalau tak silap
Anna pau Mr. Zack beli hadiah tuk anak2 kawan Anna, plush toy berbentuk keretapi dari Thomas & Friends. Harga baru RM15. Pastu Anna ada beli Barbie juga.
Barbie yang Anna beli. RM30
Yang ni harga RM15
Anna pun ada menshoppingkan untuk anak2 saudara Anna. Diorang ni peminat Monster High. Barang2 MH ni yang paling murah. Kalau kat kedai, RM60 baru dapat 1 doll. Ni Anna beli semua ni baru RM60.
RM60
Yang ni set baju
Doll. Ada yang RM10. Ada yang RM15
Product Barbie banyak. Harga dari RM10/doll. Ada doll Aurora& Maleficient tapi tak ingat harga berapa. Ada barbie petshop, barbie bakery dan barbie grocery shop (harga RM80/set). Beg, kasut dan assesori product MH, Barbie & Thomas (kasut harga start rm20). Barang Fisher Price pun banyak. Board game hanya Uno dan Monkey tu.
Mostly parent yang beratur untuk bayar toys tu berkotak-kotak diorang beli. Anna lupa nak ambil gambar masa kat sales tu. Ada just ada gambar hasil pancingan ni je. Hehe...
FYI, the next one is at Johore Bharu
Ok guys, thanks you for reading.
No comments:
Post a Comment