Salam semua. Dalam entry yang sebelum ni Anna ada cerita pasal bajet yang perlu ada sebelum renovate rumah.
Selepas selesai bajet membajet, mula lah pencarian kontraktor yang sudi menjalankan kerja ubahsuai dengan bayaran yang ikut bajet Mr. Zack.
Mr. Zack letak bajet RM10k untuk renovate dapur dengan tambahan 10kaki persegi. Ada 3 kontraktor yang kami tanya, yang mula-mula minta RM10k-Rm12k (upah sahaja). Yang kedua minta RM?k (anna tak ingat). Dan yang terakhir kami jumpa adalah Abang Rawi. Dia minta upah sebanyak RM5200 termasuk untuk tambah 11kaki kitchen counter.
Jadi Mr. Zack setuju untuk ambil Abang Rawi sebagai kontraktor kerana harganya kena dengan bajet kami. BTW, Abang Rawi ni, Anna dan Mr. Zack jumpa masa tengah pusing2 rumah, dan nampak Abang Rawi dan pekerjanya tengah renovate dapur rumah satu taman dengan Anna.
Agak lama juga la proses ni sebenarnya sebab nak mencari kontraktor yang kena dengan bajet kita susah dan memandangkan Mr. Zack pun kerja dari pagi ke petang, 6 hari seminggu, memang masa mencari tu limited la.
Ok. Sekian. Nanti ada masa, Anna sambung cerita k.
Popular Posts
-
Salam. Jom makan kali ini kita ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Baru-baru ni Anna gi makan malam dengan family di Restoran Nasi Kukus ...
-
Salam semua. Selamat hari raya Aidiladha. Hari ini raya ke3, Anna dan Mr. Zack berada di Kelantan setelah bertolak dari Kemaman malam sema...
-
Salam pembuka bicara... Anna nak cerita pasal me"renovate" dapur rumah. Renovate rumah ni ada baik buruknya. Yang baik tu macam2 l...
-
Today nak review Boat Noodle yang menawarkan hidangan serendah RM1.90 semangkuk. Semalam jugak, lepas penat shopping kat Mattel Warehouse ...
-
Salam semua. Nak cerita ni. Semalam Anna gi round-round kat Mattel Warehouse Sales kat The School. Hahahaha....menipu la kalau Anna kata A...
-
Salam semua. Dalam entry yang sebelum ni Anna ada cerita pasal bajet yang perlu ada sebelum renovate rumah. Selepas selesai bajet membajet...
-
Jenis: Percutian Keluarga Tarikh: 15hb - 19hb August 2015 Cara melancong: Kapal terbang + Sewa kereta Jumlah: 2 dewasa 2 kanak-kanak b...
-
Salam & Hi. Terima kasih/ thank you for reading. #throwback : Trekking for the first time at Broga Hill, Semenyih, Selangor. Awal...
-
Salam semua. Setelah berjela2 cerita pasal nak beli rumah, finally ni post terakhir pasal beli rumah. Susah jugak la nak membeli rumah per...
-
Ok. Entry 2nd ni nak cerita sikit pengalaman membeli rumah pertama. Selamat membaca. Home review Start awal 2014, Anna dan Mr. Zack gi re...
Wednesday, October 7, 2015
Friday, October 2, 2015
Percutian: Langkawi, Kedah (Part 1)
Jenis: Percutian Keluarga
Tarikh: 15hb - 19hb August 2015
Cara melancong: Kapal terbang + Sewa kereta
Jumlah: 2 dewasa 2 kanak-kanak bawah 3tahun
Ogos lalu, Anna dan keluarga ke Langkawi untuk rehatkan minda dan merapatkan sirahturrahim. Hahahha... takda la rehat sangat sebab bawa dua budak kecik yang semakin aktif ni.
Before bertolak ke Langkawi, Anna dah booking tempat tinggal kamu sepanjang disana. Untuk 3malam yang pertama, Anna booking di Sunderland Hotel kerana package yang disediakan berpatutan. Anna mengunakan khidmat booking.com. Untuk malam terakhir, Anna mengunakan voucher yang Anna dapat dari mendengar celoteh promoter Palace of the Golden Horses Vacation Club.
Anna juga telah booking Kereta Sewa untuk digunakan di Langkawi memandangkan kawan Anna cakap, hanya khidmat teksi je yang ada di Langkawi, khidmat bas takda. Jadi untuk menjimatkan duit ke hulu ke hilir, lebih baik sewa teksi memandangkan sekarang ada Waze untuk membantu kita mencari jalan. Anna minta penyewa tu menghantar kereta sewa ke hotel pada 16hb Ogos sebab 15hb tu Anna sampai just untuk makan dan tidur.
Pada 15hb Ogos 2015, kami ke KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Langkawi, Kedah. Tiket ni Anna beli dari awal tahun lagi sebab masa tu Airasia buat sales tambang murah. Anna pilih flight malam selepas magrib sebab before ni Anna ada pengalaman bawa Queenie naik flight dan dia menggelupur ketakutan (time tu umur dia dalam 1tahun nak ke 2tahun).
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, flight tak delay, Queenie & Queen Bee pun tak meragam dan kami selamat sampai di airport Langkawi dimana kami dijemput oleh kawan lama Anna, H. Tapi masa tu Anna rasa menyusahkan dia je sebab dekat airport tu banyak sediakan khidmat sewa kereta. Takpela. Pengalaman baru, lagipun lama dah tak jumpa H.
H ambik kami menaiki kereta mitsubishi lancer dia, risau gak Anna, takut anak2 Anna kotorkab kereta dia. Huhuhu.... H bawa kami makan malam kat Laman Padi before hantar kami ke hotel.
Permandangan di Laman Padi sangat cantik sebab kita makan dikelilingi oleh padi. Anna segan nak selfie kat situ depan H dan seorang lagi kawan Anna, K. Menu makanan kat Laman Padi ni limited dan ada juga set nasi (sorry no menu's pic) , harga standard kedai makan tapi secara jujur, masakan dia so-so je. Even staff friendly dan service bagus, sebab makanan so-so, Anna takkan makan kat kedai ni lagi.
Lepas habis makan, Anna minta H hantarkan ke hotel sebab Anna nak anak2 Anna rehat untuk berjalam esok. So, kami ke hotel.
Sampai kat hotel, kami tengok lokasi hotel. Sangat tengah2 bandar, tempat shopping berdekatan dan hotel ni bersebelahan stand teksi. Depan hotel pula ada pasar minggu tapi Anna taktahu hari apa mereka beroperasi.
Lepas check in, masuk ke bilik. Bilik yang Anna book ni 3 katil rapat2 sebab Anna nak Mr. Zack tidur selesa sebab nak share dengan 2 anak. Bilik dia kena la dengan harganya cuma kawasan lebihan tu sangat sedikit dan ruang untuk solat muat2 je. Takpe la, asal boleh solat dan tidur sebab rest of the day akan spend kat luar. So goodnight....
To be continued........
Subscribe to:
Posts (Atom)